Pemain
Catur
(Zaharah
Nawawi)
SINOPSIS:
Enam
beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk,
Ur dan Um. Mereka terkenal kerana
berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli,
iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga
tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah
untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai
tonggak keluar. Um semakin berminat
untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di
dunia. Kempen Uj berhasil.
Uj mengajak Um berlawan catur untuk
menguji pengetahuan. Um menolak dengan
alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya
yang sedang sakit. Um terpaksa menerima
cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka.
Perlawanan berlangsung dengan sengit.
Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik
kemudian buah caturnya telah berubah. Um
segera mengalih semula buah catur tersebut.
Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku
kalah. Um ke bilik air mencuci muka
untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke
meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa
amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
Keadaan semakin haru-biru, tiada
sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan
Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun,
diabaikan. Keluarga tersebut mula
berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.
TEMA
:
Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan
berlakunya perpecahan.
Sikap
tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara
Uj dengan Um. Mereka sanggup
bertelingkah hanya kerana permainan catur.
Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga
mereka. Ibu mereka yang sedang sakit
juga telah diabaikan.
PERSOALAN:
1. Persoalan sikap bangga
yang menguasai diri.
Sikap
Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka
bertelagah. Sedangkan hubungan mereka
adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian
dalam keluarga harus diutamakan.
Ibu
yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan
keharmonian terganggu.
3. Pengkhianatan sesama ahli
keluarga.
Ahli
keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk
menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur.
PLOT
:
Secara
keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi
menentukan siapa yang lebih hebat.
(ii)
Perkembangan
Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya
agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur
terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan
Uj dan Um mula berlawan catur.
Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan.
(iii)
Konflik
Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar
dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan
kehormatan keluarga.
(iv)
Klimaks
Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan
di bawah meja catur.
(v)
Peleraian
Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada
dua. Satu pihak menyokong Um dan satu
pihak lagi menyokong Uj.
WATAK DAN PERWATAKAN:
Watak Utama
Uj
- Abang sulung yang menjadi ketua
keluarga.
- Mempunyai lima orang adik dan pandai
bermaina catur.
- Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM
dalam pertandingan catur.
- Pemarah – cepat panas baran apabila
berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.
- Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat
iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.
- Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap
perlawanan yang disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf
dengan pemain catur ternama dunia.
-
Pilih kasih - hanya
mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi
penguasaan keluarganya.
Watak Sampingan
- Um
·
Adik
bongsu kepada Uj.
·
Masih
muda dan berpotensi dalam permainan catur.
·
Mempunyai
semangat juang yang tinggi - sanggup
membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur.
·
Berani
– sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj
dalam permainan catur.
·
Mengambil
berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah
tinggi.
·
Mementingkan
diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh
ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.
TEKNIK
PENULISAN:
1.
Pemerian
Pengarang
menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam
permaian catur.
2.
Dialog
Perbualan
di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga
menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.
3.
Imbas Kembali
Mengimbas
kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam
permainan catur pada kurun ke 17.
4.
Suspens
Pembaca
tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak
berkesudahan.
LATAR :
Latar masa
·
Berlaku
selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan
Um.
Latar tempat
·
Rumah
keluarga Uj
·
Biliik
air
Latar
masyarakat
·
Masyarakat
yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.
·
Masyarakat
yang bangga dengan keturunan contohnya Uj
yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada
Um.
·
Masyarakat
yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka
yang sakit
GAYA BAHASA:
1.
Bahasa
asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)
2. Metafora contohnya cahaya kepintaran
3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…
4. Sinkope contohnya … kota saya tadi di
kanan, ni kenapa di kiri pula? …
5.
Peribahasa
contohnya … batu api ….
NILAI :
1.
Nilai
keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.
2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha
bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.
3.
Nilai
kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.
PENGJARAN:
1.
Kita
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup
2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar
semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.
3.
Kita
hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan
harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan