Cerpen Ibu dan Ceper
(Shahnon
Ahmad)
Sinopsis
Kisah
ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai
Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan
berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti
bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada
sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas.
Pada
suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan
melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung
makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula
musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan
sawah kering sehingga menyebabkan ibu
menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang
lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda.
Kini,
ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh,
lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu
meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan
gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga
ibu.
Ceper
kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu
bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu.
Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini,
Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti
ibu yang telah tiada di dunia ini.
Tema
Kegigihan
seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu
gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi
sebagai sumber air kepada tanaman.
Persoalan
1.
Persoalan kepentingan air dalam
kehidupan.
Air
Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.
2.
Persoalan kurangnya kesedaran
masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.
Sungai
Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan
sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya
3.
Persoalan kasih sayang yang terjalin
antara manusia dan alam.
Kasih
sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di
kampungnya.
Plot
Binaan Plot
(i)
Permulaan
Aku
menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak
berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras
dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja.
Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau
malam.
(ii)
Perkembangan
Kemarahan
ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan
tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap
tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak
apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan
sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber
air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian
masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga
dan mempunyai cucu.
(iii)
Klimaks
Ibu
meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek,
alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di
perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan
sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.
(iv)
Peleraian
Sungai
Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan
isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah
mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih.
Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak
berfungsi lagi.
Teknik Penceritaan
1.
Pemerian
Ceper
pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru
saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk
yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama
anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama
lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah
cahaya lampu.
2.
Dialog
“Orang
tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak
masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!”
3.
Imbas Kembali
Aku
masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper
sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Ibu
1.
Cekap bekerja.
Ibu
boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga
hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.
2.
Rajin
.
Ibu
rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan
suaminya yang menjadi kaki burung.
3.
Bermasyarakat.
Walaupun
ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di
kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.
4.
Kuat semangat.
Walaupun
Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus
asa untuk mengusahakan sawahnya semula.
Watak Sampingan
Aku
1.
Anak tunggal dalam keluarga.
2.
Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai
pesawah.
3.
Sudah berumah tangga .
4.
Penyayang.
Aku
merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan
ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
5.
Bertanggungjawab.
Aku
bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.
Sungai Ceper
1.
Panjang, berliku-liku, jernih,
pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.
2.
Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.
3.
Tercemar kerana menjadi tempat
pembuangan sampah sarap.
Latar
Latar Masa
1.
Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah
bercucu.
2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal
dunia-ibu sudah tidak
dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di
sawah diteruskan oleh aku dan isteri.
3.
40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.
4.
Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.
5.
Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.
Latar Tempat
1.
Di sebuah desa - tempat tinggal ibu,
aku dan ayah.
2.
Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang
kampung bekerja.
3.
Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung
merangau ikan.
4.
Telaga - tempat ibu mengambil air ketika
kemarau.
5.
Rimba belantara - tempat bapa berdenak
ketitir.
6.
Sungai Ceper - tempat penduduk
kampung termasuk ibu mendapat sumber air.
Latar Masyarakat
1.
Masyarakat petani
Mereka
mengusahakan tanaman padi secara
tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan
tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.
2.
Masyarakat yang menghadapi kepayahan
hidup.
Penduduk
di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana
banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim
kemarau.
3.
Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Bapa
sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarganya.
Gaya Bahasa
1.
Kata ganda
- kehijauan-hijauan
2.
Simpulan bahasa - naik angin
3.
Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam
kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang
4.
Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper
5.
Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal
tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang
mengapuk tebing
Nilai
1.
Nilai bertanggungjawab.
Sikap
bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang
mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.
2.
Nilai kegigihan.
Walaupun
terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara
keluarga.
3.
Nilai kesabaran.
Ibu
terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian
terhadap kebajikan keluarga.
Pengajaran
1.
Kita hendaklah bertanggungjawab
menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.
2.
Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah
tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.
3.
Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang
telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.
4.
Kita janganlah mencemarkan alam
sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan